Friday, June 19, 2009

KEMANAKAH KONSEP AMAL JAMAIYY DLM PAS???

Inilah akibatnya jika konsep amal jamaiyy itu tidak dipraktikkan oleh sesiapa sahaja samada ianya daripada ahli bawahan yang marhaen ataupun pemimpin atasan yang terlalu cerdik.... Kerosakan akan berlaku walaupun parti tersebut dipimpin oleh org yg cerdik (ulama) jika hanya ada ilmu tetapi tidak mengamalkan ilmu yg sampaikannya. Maksud saya jika pemimpin menyuruh ahli-ahli mengamalkan konsep amal jamiyy iaitu berpegang kepada keputusan jamaah (keputusan mesyurat PAS Pusat, dipanjangkan kepada Majlis Syura Ulama' dan dibentangkan dan diterima dalam Muktamar PAS Pusat!), tetapi pemimpin atasan sendiri tidak menghormati keputusan tersebut, maka berlakulah sepertimana apa yg telah berlaku hari ini. Ahli-ahli yg marhaen, walaupun mungkin tidak alim, tetapi mengerti tentang konsep amal jamiyy berada dilandasan yg betul apabila menyokong dan mempertegaskan keputusan yang telah dibuat oleh PAS dlm muktamar di Ipoh iaitu MEMPERKASAKAN PAKATAN RAKYAT! Konsep Kerajaan Perpaduan dengan UMNO adalah tidak bertepatan dengan keputusan muktamar, walaupun sekiranya konsep tersebut benar-benar tidak bercanggah dengan Islam, TETAPI ianya adalah bercanggah dengan KONSEP AMAL JAMAIYY yang dituntut oleh Islam. Sebab itulah pandangan JUMHUR ULAMA adalah lebih terpakai dan siqah walaupun pandangan individu ulama juga tidak bersalahan kerana dikhuatiri berlakunya kesilapan. Akan tetapi pandangan individu dlm jamaah terutama dlm soal2 yg melibatkan dasar PARTI dan halatuju parti adalah merupakan satu kesalahan BESAR. Tambahan pula padangan tersebut boleh megundang FITNAH dan KECELARUAN dlm jamaah. Tulisan saya ini bukanlah bertujuan utk memburuk-burukkan sesiapa kerana saya sedar saya bukanlah sealim ulama, tidak juga secerdik profesionalisma, tetapi saya memahami kaedah berjamaah kerana TAAT kepada pemimpin ada batas-batas yg tertentu. Sama seperti org bersolat, jika imam tak betul, maka WAJIB ditegur. Kita bukannya ahli yg WALA' MEMBUTA TULI walaupun pimpinan tak betul. Saya hanya WALA' KPD KEPUTUSAN PIMPINAN/SYURA/MUKTAMAR. Pushstop! Saya tidak akan WALA' KPD PANDANGAN2 INDIVIDU hatta individu tersebut ialah SU Agong PAS atau Timbalan Presiden PAS atau Presiden PAS atau Mursyidul Am PAS sekalipun! Saya menyokong TGNA kerana beliau wala' kpd kerputusan jamaah. Kenyataannya bersandarkan kepada keputusan jamaah iaitu MEMPERKASAKAN PAKATAN RAKYAT. Saya masih hairan dengan segelintir pimpinan dan ahli-ahli yg tidak mengendahkan keputusan jamaah. Apakah mereka lupa akan amaran-amaran Allah yg mencela org2 yg tidak mengamalkan amal jamaiyy? Anda boleh rujuk http://tintaharamain.blogspot.com/2008/04/amal-jamaie-dan-tuntutannya.html . Saya amat menyesali pandangan Ust Nasa tentang kerajaan perpaduan dlm satu temuramah di luar Parlimen baru-baru ini, kerana jelaslah beliau yg mengkehendaki tutup mulut drp brbincang tentang kerajaan perpaduan, tetapi beliaulah juga yg membuka mulut tentangnya!!! Sepatutnya beliau tidak berkata apa2 atau tidak menyokong saranan madu beracun drp Najib. Seharusnya beliau mengambil keputusan mesyuarat AJK PAS Pusat terlebih dahulu.... Jangan jd lebih mangkuk dari sudu. Nampak sgt Ust Nasa lebih kearah MEPERKASAKAN KERA-JAAN PERPADUAN drp PAKATAN RAKYAT. Saya pun teramat hairan dgn sikap beliau yg nyata amat bertentangan dgn konsep syura. Nampak sangat ada agenda peribadi kerana kenyataan beliau adalah BERSIFAT PERIBADI. Saya tak nampak beliau menyesali perbuatan beliau malahan menganggap kenyataan TGNA pulak sebagai pandangan peribadi!!! Amat hairan bin ajaib. Sebelum mengundur diri, saya inginkan kepastian yg masih terbuku dihati ini iaitu adakah anda (Ust. Nasa) terlibat dgn kerja-kerja mengujudkan kerajaan perpaduan PAS dan UMNO di Perak dan Selangor? Jika tidak sila nafikan di dalam mana-mana laman web. Jika tidak, sila kemukakan siapakah pimpinan yg menjadi fraksi UMNO dlm PAS sepertimana kenyataan Ust. Ahmad Awang di muktamar PAS baru-baru ini. Saya tidak menuduh saudara, cuma saya mahu saudara menafikannya... itu sahaja... Berkatalah benar walaupun pahit! Sekian, semoga PAS diselamatkan oleh Allah s.w.t. drp golongan munafiqin. Wallahu a'lam.

8 comments:

  1. amat dangkal pemikiran penulis...penuh dengan sangkaan ...saya cadang istighfar banyak-banyak

    ReplyDelete
  2. Say byk beristighfar semenjak peristiwa2 yg telah berlaku dlm jamaah. Jik tulisan sy hanyalah sangkaan, sila nyatakan dimana atau perenggan mana sangkaan yg sdr nyatakan itu. Saya berbuat begini utk muhasabah pimpinan dan diri sendiri juga.

    ReplyDelete
  3. seluruh statement saudara adalah penuh sangkaan-sangkaan sempit dan taasub kepada Pakatan. Perkataan MEMPERKASAKAN PAKATAN RAKYAT! tidaklah bermaksud tunduk kepada semua kejahatan kepimpinan bukan Islam sehingga menjejas kemaslahatan rakyat seperti mana berlaku di pusat sembelihan haram yang mendapat komen selama 30 tahun di kalangan rakyat awam. bukan perjuangan kepentingan segelintir penyembelih babi yang menginaya rakyat marhaen bersama kepimpipinan DAP kedah.

    ReplyDelete
  4. MEMPERKASAKAN PAKATAN RAKYAT!... bukan juga bermaksud tunduk dan taat kepada semua agenda yang tidak selari dengan keperluan rakyat. Kerajaan perpaduan bukanlah kerjasama PAS dgn UMNO ttp kerjasama semua parti untuk kebaikan rakyat.

    kerjasama yang terbuka untuk kebaikan rakyat bukan kebaikan mana2 pihak. termasuk PAS sendiri. menganggap Kerajaan perpaduan kerjasama PAS- UMNO adalah pandangan sempit, bangang, taasub, dangkal dan kurang barakal.

    ReplyDelete
  5. Saya tidak mempertikaikan penutupan pusat penyembelihan babi tersebut. Cuma saya mempertikaikan cara tindakannya iaitu dgn cara merobohkan bangunan tersebut adalah satu perkara yg bertentangan dgn kehendak syarak. Bangunan itu tidak salah, yg salah ialah pengurusannya serta aktiviti yg dijalankan. Ambillah tindakan seperti denda, "seal" dan sebagainya kepada yg engkar, bukannya dgn cara merobohkan tempat tsb. 30 thn UMNO tak dpt selesaikan, takkan tak boleh bersabar krn baru setahun memerintah? Kalau saya bertanya kepada anda kenapa tak boleh tutup premis judi di Kedah sepertimana di Kelantan, apakah jawapan yg anda akan berikan?, sedangkan perjudian itu lebih buruk dan lebih mudarat kpd umum berbanding menternak khinzir! Tentu anda akan menjawab belum sampai masanya atau nak jaga hati org bukan Islam? Tak begitu? Memperkasakan PAKATAN RAKYAT bkn bermakna menggadai prinsip, itu saya amat bersetuju. Saya bknnya taksub kpd PAKATAN, tetapi saya TAKSUB/WALA' kepada keputusan jamaah selagimana ianya tidak bertentangan dgn hukum Islam. Persoalan kerajaan perpaduan dah pun tamat! Mursyidul Am sendiri menolaknya, kepimpinan PAKATAN pun menolak kerajaan perpaduan, adakah anda pula memandai2 utk memperjuangkannya. Jgn jadi bangang, taksub, dangkal dan kurang berakal sepertimana UMNO. Kalau kerajaan perpaduan itu adalah kerjasama semua parti utk kebaikan rakyat, kenapa hanya berunding dgn UMNO shj? Mana perginya parti2 lain? Usahlah anda cuba utk menegakkan benang basah... Apapun kembalilah kpd Allah dan rasul... Firman Allah yg bermaksud... Hendaklah kamu bersyura sesama kamu, apabila berazam, maka bertawakkallah kpd Allah. Ambil keputusan jamaah, jgn guna aqal sendiri... Setelah itu berazamlah dan bertawakkallah kpd Allah.

    ReplyDelete
  6. Tidakkah awak mengikuti cerita kedegilan mereka? Agaknya awak juga termasuk dengan golongan membantah tindakan nabi merubuhkan masjid dhirar yg juga boleh di perlakukan seperti arahan dari kepala hotak awak.

    ReplyDelete
  7. Kalau saya bertanya kepada anda kenapa tak boleh tutup premis judi di Kedah sepertimana di Kelantan, apakah jawapan yg saya akan berikan.. PAS lemah dan tidak ikhlas dalam memperjuangkan Islam dan kebajikan Rakyat sebab bersekongkol dengan lanun pariah.

    ReplyDelete
  8. Kalau kerajaan perpaduan itu adalah kerjasama semua parti utk kebaikan rakyat, kenapa hanya berunding dgn UMNO shj? Mana perginya parti2 lain?

    Jika jujur kepada unsur Syura atau perbincangan tentu tiada masalah mengajak parti2 lain.

    ReplyDelete