Friday, June 12, 2009

AMAL JAMAIYY SATU TUNTUTAN!

Assalamualaikum wr. wbt, Saya bersetuju dgn pandangan oleh Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man (Naib Presiden PAS) yang saya anggap mengambil jalan tengah di atas polemik yang berlaku. Pandangan beliau adalah benar dari sudut harakah Islam, tetapi kenyataannya perlaksanaannya tidak seperti itu. Saya meyakini apa yang berlaku adalah disebabkan pandangan-pandangan pemimpin tidak dibuat secara kolektif dalam mesyuarat AJK PAS Pusat, jika tidak masakan berlakunya pertembungan sesama pimpinan sendiri dalam isu Kerajaan Perpaduan. Apakah idea Kerajaan Perpaduan ini lahir dari hasil perbincangan yang mendalam dalam mesyuarat PAS Pusat? Saya rasa tidak ada, kerana TGHH pun menyatakan perkara ini belum dibincangkan dengan masak oleh pimpinan. Apatah lagi TGNA sendiri menentang idea Kerajaan Perpaduan ini. Persoalannya bukan kerana ahli tidak memahami idea ini, tetapi ahli tidak pun diberi penjelasan khusus mengenainya. Sepatutnya ada perbincangan, muzakarah atau diskusi ilmiah dan diseminarkan jika mahu mengetengahkan idea ini dalam program-program parti. Jika pemimpin sendiri berbeza pendapat, apatahlagi ahli yg dhaif ini.Saya sebenarnya bersetuju dgn kenyataan ustaz iaitu keputusan mestilah daripada keputusan jamaah kerana disitulah adanya keberkatan dan akan menghindarkan perpecahan sesama kita. oleh kerana itulah pandangan peribadi terutamanya oleh pemimpin tertinggi hendaklah dielakkan sama sekali. Laksanakan keputusan jamaah iaitu memperkasakan Pakatan Rakyat. Jangan ada niat utk memungkiri persefahaman dalam Pakatan Rakyat kerana bukan akhlak kita utk memungkiri sebarang perjanjian yang telah dibuat. Jangan mengambil pendekatan utk mengeruhkan suasana yg telah terjalin secara baik dengan rakan-rakan Pakatan Rakyat. Ketahuilah tak mungkin kita boleh memerintah secara bersendirian, namun kerjasama yg terbina mestilah diperkukuhkan dgn memperkasakan persamaan visi perjuangan, mengurangan pertikaian dalaman disamping memberi ruang kepada rakan-rakan Pakatan Rakyat utk memahami perjuangan Islam yg dibawa oleh kita. Saya amat tertarik semenjak PAS berkerjasama dalam Pakatan Rakyat, sekurang-kurangnya sudah kedapatan pemimpin bukan Islam menggunakan hujjah-hujjah berdasarkan ayat-ayat al-qur’an. Didoakan moga Allah memberikan hidayah kepada mereka semua sebagaimana Allah memberikan hidayah kepada para sahabat Rasulullah s.a.w. yg mana mereka menjadi benteng dan perisai mempertahankan agama Allah dimuka bumi ini. Segalanya tidak mustahil bagi Allah s.a.w. Apa yang penting sebagai pemimpin mesti menunjukkan akhlak berjamaah/berharakah bukan sekadar akhlak berpakaian sahaja. Pimpinan mesti selalu mengamalkan konsep kepimpinan kolektif, bukannya kepimpinan “lone ranger” agar segala keputusan tidak dianggap keputusan peribadi. Jika semua keputusan dibuat secara kolektif, maka tidak timbul perbedaan pendapat kerana persetujuan telah diambil secara bersama (kolektif) dan keputusan tersebut akan menjadi satu keputusan yg kuat kerana akan dipertahankan oleh semua pihak. Pada saya, pandangan Ustaz Nasruddin Tantawi (Ketua Pemuda PAS Pusat) menyokong idea Kerajaan Perpduan ini sebenarnya tidak memenuhi akhlaq berjemaah yg menuntut diutamakan keputusan secara amal jamaiyy melebihi pandangan-pandangan peribadi serta hindarkan walaq membuta tuli dengan mengenepikan walaq yg sebenarnya iaitu walaq kepada keputusan jamaah samada melalui ketetapan yg dibuat dlm mesyuarat PAS Pusat, atau muktamar atau melalui Majlis Syura Ulama. Moga-moga Allah memelihara PAS utk terus berada dilandasan yang benar. Wallahu a’lam

No comments:

Post a Comment