Monday, September 28, 2009

PEMIKIRAN ASSOBIYYAH DALAM KEPIMPINAN PAS???

Merujuk kepada peristiwa Dr. Hassan Ali mengkritik SELCAT secara terbuka melalui media massa milik UMNO atau sekutu-sekutunya, maka saya merasa terpanggil untuk memberikan beberapa komen yang jika ada kebenarannya boleh dijadikan panduan, jika ada kecacatannya harap dijadikan sempadan. Persoalan yang timbul adalah persoalan prinsip dalam Islam iaitu keadilan dan kebenaran mesti ditegakkan dan kemungkaran serta kefasadan mesti didedahkan walaupun terkena batang tubuh badan sendiri. Kemungkaran wajib didedahkan bukannya untuk disembunyikan. Menyembunyikan penyelewengan yang dijalankan pegawai-pegawai kerajaan hatta oleh sesiapa sahaja adalah merupakan suatu perkara yang tidak boleh diterima oleh Islam apatah lagi ianya adalah satu perkara yang melibatkan harta rakyat. Saya amat hairan dengan sikap yang ditunjukkan oleh Dr. Hassan Ali berhubung isu ini. Beliau nampaknya gigih membela sipenyeleweng-sipenyeleweng duit rakyat dengan alasan untuk mempertahan Melayu kononnya! Apa gunanya mempertahankan Melayu, kalau Melayu sendiri tak betul? Kenapa tak pertahankan dasar Islam yang memang ternyata benar dulu, kini dan selamanya! Ingatlah pesan RasululLah...”Bukan dari kalangan kita yang menyeru kepada assobiyyah, berperang kerana assobiyyah dan mati kerana assobiyyah” [HR Abu Dawud]. Nampaknya Dr. Hassan Ali sudah terkena virus jahiliyyah yang dibawa oleh UMNO dan sekutu-sekutunya. Beliau juga mengemukakan hujjah dengan membandingkan kes khir toyo menghadiahkan penyapu kepada pegawai-pegawai kerajaan, sedangkan persoalan yang berlaku adalah jauh berbeda dengan isu yang sebenarnya. Khir toyo ternyata jelas menghina pegawai kerajaan kerana menghadiahkan penyapu disebabkan prestasi pegawai-pegawai tersebut yang tidak mencapai prestasi yang memuaskan. Sedangkan isu yang berlaku di SELCAT ialah penyelewengan dana rakyat Selangor. Ada perbezaan besar diantara PRESTASI dengan PENYELEWENGAN DANA RAKYAT. Soal prestasi kakitangan memang wajar diselesaikan secara berhemah iaitu dengan tidak menjatuhkan air muka pegawai tersebut TETAPI soal penyelewengan dana rakyat mesti dijelaskan dengan sejelas-jelasnya!!!! Kalaulah hujjah demi untuk menjaga keaiban manusia bertopengkan syaitan , maka PAS sendiri tak perlulah berceramah sana sini mendedahkan penyelewengan itu dan ini kerana kalau didedahkan nanti maka akan terbukalah aib seseorang. Apakah itu maksud Dr. Hassan Ali??? Sindrom apakah yang cuba dibawakan oleh beliau?
Apa yang saya nampak sebenarnya Dr. Hassan Ali sendiri telah cuba menjatuhkan aib pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat, walhal yang mendapat aib sebenarnya ialah dirinya sendiri. Kenapa dibuat press statement dimedia massa yang sudah diketahui akan kefasikannya? Kenapa tak dibawa berbincang sesama sendiri dalam mesyuarat exco dsb? Kenapa perlu menggunakan media massa? Bukan sekali dua, tetapi dah banyak kali kenyataannya tersiar di media massa yang ternyata tidak menguntungkan perjuangan parti malah diumpamakan seperti menggalas biawak atas dibelakang. Malahan beliau cuba untuk mengheret parti dalam masalah yang beliau sendiri timbulkan.
Amat pelik bila beliau menggunakan hujjah wala' kepada pemimpin utk merestui tindakan peribadinya sendiri. Wala adalah dalam soal ketaatan jika ianya benar. Tidak ada walak dalam menyokong tindakan Dr. Hassan yang membela pegawai-pegawai yang tidak amanah. Jangan menggunakan hujjah wala kepada pemimpin sembarangan!... Saya pun bukanlah alim sangat, tapi saya terdidik dalam jamaah mungkin lebih lama dari Dr. Hassan sendiri. Wala' yang sebenar ialah wala kepada Allah dan Rasul. Wala kepada pemimpin adalah dibolehkan jika pemimpin tersebut menepati kehendak Allah dan Rasul. Tidak ada wala kepada kemaksiatan, kemungkaran dan kefasadan. Ini yang diajar dalam Islam.
Islam juga mengajar kita kaedah untuk berkawan atau bermusuh. Saya masih teringat kata-kata almarhum Ust. Fadhil Noor satu ketika dahulu dalam satu majlis .... Kata beliau... kadang-kadang kita (pemimpin dan ahli-ahli PAS) tak tahu (tak cerdik) bagaimana dan bila nak berkawan atau bermusuh.
Kenyataan-kenyataan Dr. Hassan Ali kebanyakannya merupakan liabiliti kepada PAS dan Pakatan Rakyat. Disaat kita menghadapi UMNO/BN dengan semangat untuk meruntuhkan jahiliyyah yang ada, ada saja kenyataan-kenyataan yang menguntungkan UMNO/BN seolah-olah kita sedang memberi "bola tanggung" kepada musuh untuk menghancurkan kita. Cerdikkah kita membicarakan pergolakan, masalah dalaman rumahtangga kita kepada umum? Tetapi itulah yang kerap dilakukan oleh Dr. Hassan Ali. Kenapa dan mengapa? Wallahu a'lam... hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. Kebenaran PASTI akan terjawab... InsyaAllah....