Saturday, February 27, 2010

KONSEP WALA DAN PENYELEWENGANNYA DALAM GERAKAN ISLAM!

Mengupas isu di atas bukanlah sesuatu yang mudah terutama oleh makhluk seperti saya yang teramat dangkal dalam pengetahuan ilmu-ilmu Islam dan teramat sedikit pula sumbangan saya kepada gerakan Islam. Cuma bersandarkan kepada sabda rasulullah s.a.w. yang bermaksud "Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat" maka saya memberanikan diri untuk membicarakannya diruangan siber ini. Mungkin saudara-saudara yang membacanya dapat memberikan komen dan sebagainya selepas ini. Disini saya qoute satu artikel yang dipaparkan dalam sebuah laman web http://micet.forumotion.com/umum-f36/konsep-amal-jama-i-dalam-gerakan-islam-t168.htm .


KONSEP 'AMAL JAMA'I DALAM GERAKAN ISLAM
ahmadytiryaq on Wed Jul 15, 2009 9:24 pm

'Amal jama'i adalah merupakan satu tuntutan harakah yang panduannya disebut di dalam Al-Quran yang bermaksud:''Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.'' (Al-Saff: 4)

Di dalam hadith, Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:''Diriwayatkan daripada Huzaifah bin al-Yamani r.a. katanya:''Manusia sering bertanya kepada Rasulullah s.a.w. mengenai amalan-amalan yang baik, tetapi aku telah bertanya tentang amalan-amalan jahat kerana aku takut ia akan menimpa diriku, lalu aku bertanya: Wahai Rasulullah! Dahulu kami berada dalam kejahilan dan kejahatan, kemudian Allah mengurniakan kepada kami kebaikan (kebenaran), adakah selepas kebenaran ini akan berlaku pula kejahatan? Rasulullah menjawab: Ya. Aku bertanya lagi: Adakah akan berlaku pula kebaikan selepas kejahatan itu? Rasulullah menjawab: Ya, tetapi ketika itu terdapat kekurangan dan perselisihan. Aku bertanya apakah yang dimaksudkan dengan kekurangan dan perselisihan itu? Rasulullah menjawab dengan bersabda: Iaitu satu kaum yang tidak beramal dengan sunnahku dan mengikut selain dari jalanku, di antara mereka itu ada yang kamu kenali dan ada
yang kamu tidak mengenalinya. Aku bertanya lagi: Adakah kejahatan akan berlaku lagi selepas itu? Rasulullah menjawab: Ya, ketika itu ada orang-orang yang menyeru atau mengajak manusia ke Neraka Jahannam, sesiapa yang menyahut ajakan mereka, maka orang itu akan dicampakkan ke dalam Neraka itu. Aku berkata lagi: Wahai Rasulullah! Sifatkan mereka kepada kami. Rasulullah menjawab: Baiklah, mereka adalah sebangsa dengan kita dan berbahasa seperti bahasa kita. Aku bertanya lagi: Wahai Rasulullah! Apakah pendapatmu sekiranya aku masih hidup lagi ketika itu? Rasullullah menjawab denga bersabda: Kamu hendaklah bersama dengan jamaah Islam dan pemimpin mereka. Aku bertanya lagi: Bagaimana sekiranya ketika itu umat Islam tidak mempunyai jamaah (kesatuan) juga tidak ada pemimpin? Rasulullah menjawab lagi dengan bersabda: Kamu hendaklah memencilkan diri kamu dari kumpulan mereka walaupun kamu terpaksa memakan akar-akar kayu dan tinggallah kamu di sana sehingga kamu mati dalam keadaan yang demikian.''

Saidina Umar al-Khattab juga ada menyebut yang bermaksud:''Tidak wujud Islam tanpa jamaah dan jamaah pula tidak akan wujud tanpa kepimpinan dan tidak wujud pula kepimpinan tanpa ketaatan.''

Bersandarkan kepada nas-nas di atas, kita hendaklah menyedari hakikat bahawa penglibatan diri di dalam jamaah Islam yang berbentuk haraki adalah merupakan satu tuntutan syara'.Di dalam merealisasikan tuntutan ini ke dalam waqi' kita di Malaysia, ikhwah yang sedang melalui proses tajnid ini hendaklah peka terhadap beberapa zaadun 'ala tariq (bekalan sepanjang perjalanan) yang perlu difahami, diamalkan dan diistiqamahkan sepanjang perjalanan ini.

Sehubungan dengan itu, dua perkara yang perlu kita programkan sepanjang kewujudan kita di sini adalah al-ghayah (matlamat) dan al-wasilah (kaedah atau cara) untuk sampai dan memenuhi al-ghayah tersebut.Al-Ghayah (Matlamat)Satu persoalan yang sewajibnya diulangi oleh setiap ikhwah dan akhawat sepanjang komitmen kita terhadap Islam dan jamaah ini ialah apakah dia matlamat kita?Hanyalah dengan matlamat yang jelas akan dapat mengurus arah perjalanan dan keberkesanan perjuangan kita. Sasaran utama dalam konteks matlamat kita ini adalah:a.Fard al-Muslim (individu muslim) yang terangkum di dalamnya rumahtangga dan keluarga Islamb.Masyarakat dan negara Islam yang terlaksana di dalamnya keseluruhan hukum dan tuntutan Allah Azza

Dalam mengisi tuntutan ini Al-Syeikh Sa'id Hawwa menyebut bahawa maratib (peringkat) amal yang dituntut adalah:

1.Individu muslim hendaklah memperbaiki dirinya sehingga memiliki anggota tubuh badan yang kuat, akhlak yang suci, daya intelektual yang tinggi (muthaqqaf), keupayaan untuk menguasai suasana aqidah yang bersih, ibadah yang benar, berjihad dengan dirinya,menjaga waktunya, teratur hidupnya, mampu memberi manfaat kepada orang lain dan setiap ikhwah hendaklah berusaha untuk mencernakan tuntutan ini dengan kesungguhan.

2.Membentuk rumahtangga muslim sehingga keluarganya dapat menampung fikrah yang dibawanya, memelihara adab-adab Islam dalam setiap urusan rumahtangganya, memilih isteri yang solehah dengan memberikan panduan kepada hak dan tanggungjawabnya, mendidik anak-anak dengan sebaik-baiknya.Begitu juga dengan pembantu rumah, membesarkan mereka dalam suasana Islam dan setiap ikhwah hendak berusaha dengan satu kesungguhan untuk memenuhi tuntutan ini.

3.Memberi panduan kepada masyarakat dengan menyebarkan dakwah dengan baik dan menghapuskan segala kemungkaran, mengajak kepada yang ma’ruf, berlumba-lumba ke arah kebaikan, menjadi unsur yang dominan dalam masyarakat sehingga dapat menguasai pendapat am (public opinion) yang disandarkan dengan pandangan Islam dan menghidupkannya dalam kehidupan am.Tuntutan ini adalah ke atas setiap individu dengan didukung oleh jamaah sebagai tenaga yang menggerakkan.

4.Membebaskan negara dari belenggu pemerintahan yang bukan Islam dalam bidang siyasah (politik), iqtisad (ekonomi) dan ruh (kerohanian).

5.Membaiki kerajaan sehingga menuruti Islam yang sebenarnya serta berkhidmat sebagai khadam ummah yang bekerja untuk kepentingan ummah. Antara sifatnya adalah sifat belas terhadap rakyat, keadilan sesama manusia dan berjimat dalam urusan perbendaharaan dan ekonomi negara. Menjadi kewajipan negara inipula untuk menjamin keamanan, perlaksanaan system perundangan pendidikan sehingga melahirkan kekuatan, menjaga kesihatan am dan sebagainya.

6.Mengembalikan penyatuan umat Islam secara keseluruhan dengan membebaskan negara yang dijajah, mendekatkan budaya antara kaum dan berusaha untuk mengembalikan system khilafah yang telah dimusnahkan.

7.Berusaha untuk mewujudkan cirri ''ustaziyat al-'alam'' (penguasaan alam) dengan penyebaran dakwah di segenap pelusuk dunia ini sehingga tidak ada lagi fitnah dan meletakkan al-Din keseluruhannya adalah milik Allah.Keempat-empat peringkat di atas merupakan kewajipan yang perlu dipikul dengan jamaah dan setiap individu yang bersama dengannya sebagai pendukung yang utama.

Lihatlah betapa beratnya tugas ini dan betapa besarnya tanggungjawab yang perlu dipikul yang mungkin dirasakan sabagai satu khayalan dan impian yang tidak akan tercapai oleh manusia tetapi Allah s.w.t. telah mengingatkan kita di dalam firmanNya yang bermaksud:''Dan (setelah Yusuf dujualkan di negeri Mesir), berkatalah orang yang membeli Yusuf kepada isterinya: ''Berilah dia layanan yang sebaik-baiknya; semoga ia berguna kepada kita, atau kita jadikan dia anak''. Dan demikianlah caranya kita menetapkan kedudukan Yusuf di bumi (Mesir untuk dihormati dan disayangi), dan untuk kami mengajarnya sebahagian dari ilmu takbir mimpi. Dan Allah Maha Kuasa melakukan segala perkara yang telah ditetapkanNya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.'' (Yusuf: 21)

Kita hendaklah menganggap kehadiran kita di sini adalah kehadiran dalam marhalah al-bina' (peringkat pembinaan) dan pengemasan barisan kader perjuangan.

Maka dengan itu, antara matlamat yang perlu kita hadirkan adalah:

Pertama

Memperkemaskan diri kita dengan kefahaman Islam yang sebenarnya dengan memahami konsep tarbiyah yang syumul merangkumi tarbiyah ruhiyah; tarbiyah 'aqliyah, tarbiyah jihadiyah, tarbiyah siyasiyah (politik), tarbiyah ijtima'iyah (kemasyarakatan) dan tarbiyah jasadiyah (fizikal).Perkara yang perlu ditekan dalam pembentukan individu adalah:1.Melahirkan insane yang bertaqwa pada Allah dengan pembentukan Iman dan aqidah yang benar.

2.Pembentukan fikrah Islam yang syumul (menyeluruh)

3.Pembentukan syakhsiyah Islamiyah (personality Islam) yang sempurna melalui akhlak yang benar, hati yang bersih lagi suci, ubudiyah hanya pada Allah dan memastikan hudud (sempadan) Allah dalam setiap urusan. Perlu ditegaskan di sini bahawa musuh dan mereka yang tidak bersama dengan kita akan sentiasa mencari unsur yang negatif pada kita sebagai bahan untuk dijadikan hujah. Pastikan sahsiah ini berjalan pada setiap ketika samada ketika bersendirian, berdua mahupun ketika ramai. Cara berpakaian, cara mengatur rumah, perkembangan akademik dan budaya berfikir, cara bermuamalah dengan masyarakat semuanya mengajak kepada menzahirkan syakhsiyah Islamiyah.

4.Mewujudkan intima; dan iltizam kepada Islam, dakwah dan jamaah pada setiap masa dan di dalam suasana mana sekalipun.

5.Membentuk cirri-ciri kepimpinan dengan berpandangan jauh dan tajam terhadap isu sensitive terhadap perkembangan ummah dan bertanggungjawab dalam memikul tugas dan boleh memimpin.

6.Membentuk matlamat perjuangan yang jelas terhadap tanggungjawab individu kepada PAS dengan memahami dengan jelas akan perjuangnya iaitu:

a)Perjuangan yang bercita-cita untuk membentuk Daulah Islamiyah

b)Tanzim yang bersifat terbuka

c)Muwajahah silmiyah

d)Kepimpinan ulama dan penggabungan bersama oleh tenaga professionale)Penglibatan dalam politik sebagai wasilah selain aktiviti-aktiviti lain yang mencerminkan gerakan Islam yang syumul

Kedua

Dalam hubungan 'amal jama'i setiap nuqaba' hendaklah jelas akan konsep tanzim kita di sini dan keperluan kepada konsep wala' dan thiqah pada pimpinan. Kerja kita di sini adalah kerja yang dihasilkan dari konsep syura dan bukannya pandangan individu.Setiap keputusan yang melibatkan jamaah samada dari segi perencanaan, perjalanan dan hal ehwal ahli yang ada kaitan dengan jamaah hendaklah merupakan keputusan syura.

Komen dari saya:

Semua ahli dan pimpinan menyedari tentang wala dan peranannya dalam harakah islam. Saya melihat terdapat penyalahgunaan konsep wala ini dalam kepimpinan yang ada pada hari ini. Konsep wala' yang difahami oleh sebahagian pimpinan (terutamanya pro-UG) dan ahli ialah wala' kepada pimpinan dengan maksud wala' kepada individu tertentu seperti wala' kepada pandangan peribadi TGHH atau TGNA atau Pesuruhjaya negeri masing-masing secara mengkhinzir buta walaupun ternyata bersalahan dengan keputusan syura terutama syura yang lebih besar seperti contohnya: "keputusan memperkasakan pakatan rakyat dalam Muktamar PAS Pusat." Sebab itu saya tidak menyenangi pandangan individu seperti TGHH dalam konsep UG kerana konsep ini secara tidak langsung melonggarkan pakatan rakyat dan ianya bercanggah dengan keputusan muktamar. Sebagai pemimpin Islam adalah wajar bagi TGHH menghormati persepakatan yang telah dibuat bersama rakan komponen Pakatan Rakyat. Begitu juga tindakan Hasan Ali dalam isu SELCAT di Selangor. Seharusnya pendapat dan pandangan peribadi tidak wajar diwala'kan kerana ianya bukan kolektif atau keputusan syura. Sedangkan Rasullullah mengutamakan keputusan syura dalam melakukan sesuatu tindakan, maka sewajarnya kita sebagai pemimpin mesti mengutamakan keputusan syura berbanding pandangan individu aptahlagi pandangan-pandangan tersebut dikhuatiri boleh memecahbelahkan jamaah. Walaupun pandangan tersebut mungkin tidak salah, tetapi ianya salah dari segi tempat dan situsasinya ianya dikeluarkan. Ketika mood rakyat bersama Pakatan Rakyat, amatlah tidak wajar konsep UG diperkenalkan apatah lagi pandangan tersebut boleh meretakkan hubungan sesama rakan Pakatan Rakyat. Begitu juga tindakan sebahagian pemimpin yang cuba untuk bersekongkol dengan UMNO bagi menubuhkan Kerajaan negeri di Selangor dan di Perak. Ini sesuatu yang tidak boleh diterima oleh akal yang waras. Adakah ini keputusan syura???? Ada pimpinan mengatakan ini adalah fitnah. Jika ini adalah fitnah, sila ambil tindakan disiplin keatas Ustaz Ahmad Awang! Nak bukti? Tengok kat sini baik-baik http://usahmadawang.blogspot.com/2009/06/isu-kerajaan-perpaduanunity-government_19.html .Jika bukan fitnah, sila ambil tindakan disiplin ke atas Lembaga Disiplin kerana buat-buat tak tahu tentang hal ini (hehehe.. kalau Lembaga Disiplin bermasalah, siapa pula yang layak untuk menegur Badan Disiplin?). Nak kena tunggu laporang dan aduang baru nak siasat dan ambil tindakang? Kalau macam tu lebih kurang macam SPRM lah kita. Kenapa tak siasat dan kenapa tak ambil tindakan disiplin. Bukankah sudah ada PARASIT DALAM PAS? Adakah kerana adanya PARASIT JERUNG, maka tak berani untuk diambil tindakan. Kenapa jerung nak dilepaskan walaupun terbukti ada MERIT untuk disiasat?

Benarlah seperti kata TITM , Ingatlah, kalau anda tidak boleh membantu jamaah, jangan menyusahkan jamaah.

Maka oleh kerana tidak mahu merosakkan jamaah pada masa akan datang , maka saya bertindak untuk membantu jamaah dengan mendedahkan penyelewengan yang ada serta parasit-parasit yang ada dalam PAS agar diambil tindakan oleh TITM. Sekurang-kurangnya saya ada hujjah berhadapan dengan Allah seperti mana kisah burung pipit membantu memadamkan api ketika Nabi Ibrahim dibakar oleh Firaun laknatullah dan sepertimana kisah burung hud-hud memberitahu Nabi Sulaiman akan adanya makhluk yang bergelar raja/permaisuri yg menyengutukan Allah s.w.t.

Kalau ada para sahabat r.a. ingin membetulkan Saidina Umar dengan pedang dikhalayak ramai, maka rasanya tidaklah salah untuk saya membetulkan pemimpin dengan blog di medan maya ini.

Wallahu a'lam.

Sunday, January 3, 2010

ISU GUNA NAMA ALLAH

Agak lama juga saya tidak bersuara dalam blog ini. Maklumlah sibuk dengan tugasan harian dsb. (alasan..hehehe). Sejak kebelakangan ini nampaknya isu penggunaan nama Allah oleh penganut bukan Islam seperti Kristian dsb telah menjadi satu isu besar dan cuba diperbesar-besarkan oleh UMNO dan golongan yang cuba mengambil kesempatan dalam suasana rakyat ketika ini dihimpit oleh pelbagai masalah kehidupan seharian disamping isu-isu nasional yg membebani UMNO/BN. Dengan hadirnya isu ini sekurang-kurangnya rakyat diharap tidak lagi memikirkan tentang kenaikan harga barangan keperluan harian, juga diharap dapat melupakan isu-isu nasional seperti kehilangan enjin jet pejuang, pembunuhan Beng Hock dsb. Bukankah Melayu mudah lupa?

Saya tidak nak mengulas panjang-panjang. Isu ini sangat mudah. Bukannya susah pun. Saya bukannya ustaz, tapi saya mengaji dari ustaz-ustaz yang saya yakin dengan ke'alimannya.

Pertama; Tiada nas yg melarang penggunaan nama Allah dalam mana-mana kitab muktabar.
Kalau ada sila kemukakan.

Kedua; Memang sejak lama dahulu org2 bukan Islam mengakui kewujudan Allah dan ini disebut dlm firman Allah yang bermaksud, Jika sekiranya ditanya kepada mereka siapakah yang menjadikan bumi dan alam semesta ini, nescaya mereka semua menjawab Allah!. Jika alasan mereka tak pernah menggunakan nama Allah di Malaysia dijadikan hujjah, bukan bermakna mereka tidak pernah menggunakannya di lain-lain negara. Dalam kitab-kitab Injil pun ada menyebut nama Allah. Orang Hindu pun ada kata itu kerja Tuhan Alla...

Ketiga; Jika alasan mengatakan Allah yang difahami oleh orang Kristian tidak sama dengan Allah yg orang Islam fahami, maka itu sudah kita maklumi kerana mereka mempercayai Allah dari segi Allah menciptakan bumi, langit dan alam seisinya tetapi mereka mensyirikan Allah(menduakan/menyegutukan Allah) dengan mengambil tuhan-tuhan yang lain untuk disembah.

Sepatutnya pemimpin PAS menjawab isu ini dengan hujjah yg simple dan meyakinkan. Saya bimbang jika nanti kita sendiri yg menyempitkan agama Islam ini. Mungkin nanti penggunaan perkataan "syurga dan neraka" pun tidak dibolehkan dengan alasan itu adalah perkataan Islam dan dibimbangi akan terseleweng aqidah ummat Islam jika dibenarkan penggunaannya oleh penganut bukan Islam. Padahal kita semua tahu syurga dan neraka yg difahami oleh bukan Islam dan penganut Islam adalah jauh sama sekali berbeza sepertimana nama Allah yg difahami oleh bukan Islam dan penganut Islam sudah tentu berbeza sama sekali dari segi aqidahnya. Walaupun berbeza tetapi tidaklah dilarang pengunaan tersebut kerana masing-masing penganut mempercayai kalimah tersebut mengikut kefahaman agama masing-masing.

Sepatutnya pemimpin PAS menghalakan peluru kepada UMNO dalam isu ini kerana;
Pertama; Pemimpin UMNO sendiri mempercayai Allah s.w.t. yang menjadikan alam ini tetapi pemimpin UMNO sendiri tidak mahu untuk menjalankan undang-undang Islam malah menentangnya pula! Rasanya tidak perlu saya mengemukakan bukti-bukti UMNO menentang Islam kerana ianya sudah menjadi perkara yg telah diketahui umum.

Tidakkah watak ini sama seperti org2 Yahudi dan Nasrani yang mempercayai Allah yang menjadikan alam semesta ini tetapi tidak mahu beriman dengan hukum-hukum Islam yang dibawa oleh para Rasul dan Nabi? UMNO janganlah cuba menjadi hero dalam isu nama Allah, kerana hero sangatkan UMNO dalam memperjuangkan undang-undang Islam? Dengar nama HUDUD pun sudah gerun, apatahlagi kalau dilaksanakan hukum-hukumNya. Kalau sekadar menyebut nama Allah tetapi tidak beriman dengan hukum-hukumNya, maka apa bezanya UMNO dengan penganut Kristian yang juga menyebut nama Allah tetapi tidak beriman dengan hukum-hukum dan peraturan-peraturan yg terkandung dalam kitab-kitab Allah? Tepuk dada tanya iman!

PAS diharap tidak terperangkap dalam isu ini. Jangan jadi kuda tunggangan UMNO ketika UMNO susah atau senang! UMNO hanya sekadar memperjuangkan nama Allah sahaja tetapi pada masa yg sama mengabaikan malah menentang hukum-hukum dan perintah Allah. Itu yg sepatutnya didedahkan kepada masyarakat melayu Islam supaya mereka sedar tentang kepura-puraan UMNO dlm menegakkan Islam.

PAS mesti menunjukkan sifat Islam for All, bukan sekadar PAS for All. Mesti dibuktikan dan ditunjukkan dalam amalan dan penghayatan seharian. Jika rakyat bukan Islam tidak dapat melihat kebaikan Islam, maka jangan salahkan mereka kerana meraka tidak tahu. Tetapi mesti salahkan diri sendiri kerana tidak memberikan kefahaman yg jelas dan tepat tentang Islam yg sebenarnya sepertimana yg dibawa oleh RasululLah s.a.w. sehingga piagam Madinah dapat diterima oleh seluruh penduduk Madinah sedangkan umum mengetahui golongan Islam adalah golongan minoriti dalam negeri tersebut. Buktikan dengan amalan dan jangan terperangkap dengan perkauman sempit UMNO! Inilah masanya Pakatan Rakyat membuktikannya melalui kerajaan negeri yg diperintah oleh mereka.

Saya percaya isu ini akan digunakan semaksimum mungkin untuk menunjukkan UMNO adalah hero Islam yang sebenarnya. Malah mungkin lebih banyak demonstrasi-demonstrasi akan dianjurkan oleh badan-badan tertentu didalangi oleh UMNO. Kemungkinan juga Raja-Raja Melayu akan turut diseret bersama dalam isu ini. Para mufti juga mungkin dipaksa untuk menyatakan pendirian yg telah ditetapkan oleh UMNO bukan lagi mengikut kacamata Islam yg sebenarnya.

PAS mesti menunjukkan kesepaduan kenyataan dan pendiriannya! Jangan terpengaruh dengan sentimen semata-mata. Letakkan KEBENARAN mengatasi sentimen apatah lagi sentimen perkauman yang cuba dibawa oleh UMNO dan agen-agennya!

Saturday, October 31, 2009

LEMBAGA DISIPLIN YANG PERLU BERDISIPLIN!

Saya bukanlah dari kalangan PIMPINAN PAS. Cuma penyokong tegar Pakatan Rakyat! (anti Kerajaan Perpaduan). So .. saya kira saya tidaklah tergolong dalam golongan orang yang tidak dibenarkan membuat kenyataan media di blog sendiri. :) . Inilah pandangan saya, jika ada kebenaran... ambillah... jika salah... tegurlah saya.

Saya tertarik kepada Lembaga Disiplin yang begitu amat pantas pula membuat keputusan keatas peristiwa yang sudah terlalu lama berlaku dan sudah menjadi pengetahuan umum. Saya rasa tidak ada sesiapapun yang meragui wujudnya usaha kearah Kerajaan Perpaduan walaupun cuba dinafikan oleh segelintir pimpinan PAS. Saya ingin memetik artikel dari Ustaz Ahamd Awang (mantan Pesuruhjaya PAS Perak) jika anda rasakan kenyataan beliau tidak benar. Lihat juga video klipnya yang mencerita wujudnya usaha-usaha pimpinan tertentu utk mengadakan kerajaan PAS-UMNO/BN di Perak. Siapakah pimpinan tersebut? Adakah Lembaga Disiplin tidak mengambil keterangan drpd Ustaz Ahmad Awang? Lawati laman web ini dan nilaikanlah sendiri dengan hati yang terbuka.
http://usahmadawang.blogspot.com/2009/06/isu-kerajaan-perpaduanunity-government_19.html
Pada saya Ustaz Ahmad Awang bukanlah golongan fasik yang tidak boleh diambil keterangannya, itupun jika Lembaga Disiplin mahukan keadilan dalam membuat keputusan.
Saya rasa, kita perlu mengambil pengajaran dari Sirah, dimana Rasulullah sendiri pernah bersabda yang bermaksud, "jika anakku Fatimah mencuri, nescaya akan ku potong tangannya!." Beranikah Lembaga Disiplin membuat keputusan terhadap pimpinan yang tidak beramanah ini? Bagaimana pula dengan kenyataan Hasan Ali di media massa yang ternyata memporakporandakan PR? Tidakkah wajar dikenakan tindakan disiplin demi menjaga keutuhan PR? bagaimana pula dengan tindakannya menjemput blogger UMNO dalam menyampaikan RAHSIA PARTI. (saya katakan rahsia berdasarkan kenyataan blogger ALBANJARI dalam artikel dalam blognya). Tidakkah ini merupakan satu pengkhianatan yang terbesar dalam parti? So... siapa yang sebenarnya mendedahkan rahsia-rahsia parti jika bukan Nasa dan Hasan? Kenapa tidak diambil tindakan? Saya pun teringin sangat nak mengetahui siapakah Lembaga Disiplin parti? Terlalu berahsia dalam perkara-perkara yang tidak sepatutnya berahsia! Tetapi tidak berahsia dalam perkara-perkara yang sepatutnya berahsia. Kami sekelian rakyat pun teramatlah pening kepala dengan segala peristiwa yang berlaku. Wallahu a'lam.

Monday, September 28, 2009

PEMIKIRAN ASSOBIYYAH DALAM KEPIMPINAN PAS???

Merujuk kepada peristiwa Dr. Hassan Ali mengkritik SELCAT secara terbuka melalui media massa milik UMNO atau sekutu-sekutunya, maka saya merasa terpanggil untuk memberikan beberapa komen yang jika ada kebenarannya boleh dijadikan panduan, jika ada kecacatannya harap dijadikan sempadan. Persoalan yang timbul adalah persoalan prinsip dalam Islam iaitu keadilan dan kebenaran mesti ditegakkan dan kemungkaran serta kefasadan mesti didedahkan walaupun terkena batang tubuh badan sendiri. Kemungkaran wajib didedahkan bukannya untuk disembunyikan. Menyembunyikan penyelewengan yang dijalankan pegawai-pegawai kerajaan hatta oleh sesiapa sahaja adalah merupakan suatu perkara yang tidak boleh diterima oleh Islam apatah lagi ianya adalah satu perkara yang melibatkan harta rakyat. Saya amat hairan dengan sikap yang ditunjukkan oleh Dr. Hassan Ali berhubung isu ini. Beliau nampaknya gigih membela sipenyeleweng-sipenyeleweng duit rakyat dengan alasan untuk mempertahan Melayu kononnya! Apa gunanya mempertahankan Melayu, kalau Melayu sendiri tak betul? Kenapa tak pertahankan dasar Islam yang memang ternyata benar dulu, kini dan selamanya! Ingatlah pesan RasululLah...”Bukan dari kalangan kita yang menyeru kepada assobiyyah, berperang kerana assobiyyah dan mati kerana assobiyyah” [HR Abu Dawud]. Nampaknya Dr. Hassan Ali sudah terkena virus jahiliyyah yang dibawa oleh UMNO dan sekutu-sekutunya. Beliau juga mengemukakan hujjah dengan membandingkan kes khir toyo menghadiahkan penyapu kepada pegawai-pegawai kerajaan, sedangkan persoalan yang berlaku adalah jauh berbeda dengan isu yang sebenarnya. Khir toyo ternyata jelas menghina pegawai kerajaan kerana menghadiahkan penyapu disebabkan prestasi pegawai-pegawai tersebut yang tidak mencapai prestasi yang memuaskan. Sedangkan isu yang berlaku di SELCAT ialah penyelewengan dana rakyat Selangor. Ada perbezaan besar diantara PRESTASI dengan PENYELEWENGAN DANA RAKYAT. Soal prestasi kakitangan memang wajar diselesaikan secara berhemah iaitu dengan tidak menjatuhkan air muka pegawai tersebut TETAPI soal penyelewengan dana rakyat mesti dijelaskan dengan sejelas-jelasnya!!!! Kalaulah hujjah demi untuk menjaga keaiban manusia bertopengkan syaitan , maka PAS sendiri tak perlulah berceramah sana sini mendedahkan penyelewengan itu dan ini kerana kalau didedahkan nanti maka akan terbukalah aib seseorang. Apakah itu maksud Dr. Hassan Ali??? Sindrom apakah yang cuba dibawakan oleh beliau?
Apa yang saya nampak sebenarnya Dr. Hassan Ali sendiri telah cuba menjatuhkan aib pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat, walhal yang mendapat aib sebenarnya ialah dirinya sendiri. Kenapa dibuat press statement dimedia massa yang sudah diketahui akan kefasikannya? Kenapa tak dibawa berbincang sesama sendiri dalam mesyuarat exco dsb? Kenapa perlu menggunakan media massa? Bukan sekali dua, tetapi dah banyak kali kenyataannya tersiar di media massa yang ternyata tidak menguntungkan perjuangan parti malah diumpamakan seperti menggalas biawak atas dibelakang. Malahan beliau cuba untuk mengheret parti dalam masalah yang beliau sendiri timbulkan.
Amat pelik bila beliau menggunakan hujjah wala' kepada pemimpin utk merestui tindakan peribadinya sendiri. Wala adalah dalam soal ketaatan jika ianya benar. Tidak ada walak dalam menyokong tindakan Dr. Hassan yang membela pegawai-pegawai yang tidak amanah. Jangan menggunakan hujjah wala kepada pemimpin sembarangan!... Saya pun bukanlah alim sangat, tapi saya terdidik dalam jamaah mungkin lebih lama dari Dr. Hassan sendiri. Wala' yang sebenar ialah wala kepada Allah dan Rasul. Wala kepada pemimpin adalah dibolehkan jika pemimpin tersebut menepati kehendak Allah dan Rasul. Tidak ada wala kepada kemaksiatan, kemungkaran dan kefasadan. Ini yang diajar dalam Islam.
Islam juga mengajar kita kaedah untuk berkawan atau bermusuh. Saya masih teringat kata-kata almarhum Ust. Fadhil Noor satu ketika dahulu dalam satu majlis .... Kata beliau... kadang-kadang kita (pemimpin dan ahli-ahli PAS) tak tahu (tak cerdik) bagaimana dan bila nak berkawan atau bermusuh.
Kenyataan-kenyataan Dr. Hassan Ali kebanyakannya merupakan liabiliti kepada PAS dan Pakatan Rakyat. Disaat kita menghadapi UMNO/BN dengan semangat untuk meruntuhkan jahiliyyah yang ada, ada saja kenyataan-kenyataan yang menguntungkan UMNO/BN seolah-olah kita sedang memberi "bola tanggung" kepada musuh untuk menghancurkan kita. Cerdikkah kita membicarakan pergolakan, masalah dalaman rumahtangga kita kepada umum? Tetapi itulah yang kerap dilakukan oleh Dr. Hassan Ali. Kenapa dan mengapa? Wallahu a'lam... hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. Kebenaran PASTI akan terjawab... InsyaAllah....

Sunday, July 5, 2009

AWAS PARASIT2 PERJUANGAN ISLAM!!

Saya melihat media Harakah agak ketinggalan dlm kebanyakan isu-isu semasa. Banyak persoalan dibiarkan tergantung tanpa ada keputusan dari PAS. Tindakan ini menyebabkan ahli-ahli tidak berminat utk mejadikan harakah daily sebagai tatapan utama dan pertama kerana isu-isu yg dibahaskan sudah basi. Sepatutnya organ rasmi PAS mestilah terkehadapan dlm menyiarkan pandangan2 dan isu-isu yg timbul atau sekurang-kurangnya dibahaskan menurut pandangan hukum Islam. Saya melihat media malaysiakini.com lebih terkehadapan berbanding harakahdaily. Contohnya dlm isu babi di Kedah. Pelbagai pendapat politik diberikan oleh pelbagai pihak. Tetapi apakah pandangan Islam dlm isu-isu seperti ini? Kita membicarakan keadilan Islam kepada penganut bukan Islam, oleh itu apakah hak2 mereka telah diberikan dgn sebaiknya dlm pemerintahan Islam? Disamping itu adakah pembelaan yg sewajarnya kepada rakyat yg saban hari terpaksa menghidu udara yg tidak bersih tlh diambil perhatian yg sewajarnya kerana Islam juga mementingkan kesihatan sepertimana penganut agama lain mahukan. Persoalannya adakah wajar tempat penyembelihan itu dirobohkan juga? Setakat yg saya belajar dgn ilmu yg cetek ini, sbg contoh jika sesuatu tempat perjudian itu ditutup, maka tidak perlulah bangunannya juga dirobohkan. Cukuplah sekadar menyita premis dan mendenda pemilik shj. Dengan ini pemilik bgn tsb boleh berikhtiar utk menjlnkan aktviti perniagaan yg lain selain berjudi. Itupun perlu diberikan tempoh yg munasabah agar semua pihak mendapat keadilan yg sewajarnya. Inilah yg sepatutnya ditonjolkan dlm isu ini iaitu bagaimana Islam menyelesaikan segala permasalahan yg timbul. Jgn tiru spt UMNO/BN yg rakus merobohkan hartabenda rakyat sesuka hati atas nama pembangunan dsb. Sekali lagi saya menggesa pimpinan PAS membuat anjakan paradigma, tidak terkongkong dgn kepentingan individu-individu tertentu yg seolah-olah tidak membawa PAS dan PAKATAN RAKYAT kehadapan, malahan dilihat oleh kebanyakan ahli PR sebagai PERENCAT kepada kemajuan PR. Kita tidak bermasalah dgn org UMNO yg menentang Islam kerana kejahilan mereka, tetapi kita amat bimbang dgn PARASIT2 yg berkeliaran disekitar atau didalam PR yg seolah-olah badan bersama2 kita, tetapi hati bersama musuh2 kita. Malahan PARASIT2 ini kadang-kadang diberi tempat dan dilayan oleh segelintir pimpinan utk meneruskan agenda peribadi mereka. Biarlah saya berterus terang dgn gelagat penulis Mohd Sayuti Omar (MSO) yg jelas secara halus menjalankan jarum-jarum jahiliyah dlm penulisan beliau terutama berkaitan dgn Kerajaan Perpaduan. Secara halus beliau melaga-lagakan kepimpinan PAS melalui akhbar SIASAH dan tulisan-tulisan di blog peribadi beliau. Disamping MADU diberikan, didalamnya diletakkan RACUN BERBISA yg boleh merosakkan minda ahli2 PR. Saya menggesa semua ahli PR MEMBOIKOT AKHBAR SIASAH sepertimana kita memboikot UTUSAN MELOYA dan BERITA HAIRAN! Saya juga menggesa pimpinan PAS utk mengambil tindakan proaktif dan berani utk menstruktur semula organisasi Harakah agar ianya menjadi media yg berkesan utk menangkis dakyah musuh, dan bukannya menjadi medan utk kepentingan individu tertentu. Jgn biarkan Harakah menjadi milik individu, tetapi jadikanlah Harakah sebagai media PAS dan Pakatan Rakyat dgn sebaik2nya. Adalah tidak wajar bagi Mustapa Ali masih memegang peranan besar dlm Harakah, sedangkan dlm masa yg sama memegang peranan penting iaitu SU Agong PAS Pusat. Ini akan menjadikan beliau tidak sempat utk mengendalikan Harakahdaily dgn berkesan. Apapun terpulanglah kepada kebijaksanaan pimpinan utk melakukan perubahan.
Rakyat dibawah mengharapkan yg terbaik. Wallahu a'lam.

Friday, June 19, 2009

KEMANAKAH KONSEP AMAL JAMAIYY DLM PAS???

Inilah akibatnya jika konsep amal jamaiyy itu tidak dipraktikkan oleh sesiapa sahaja samada ianya daripada ahli bawahan yang marhaen ataupun pemimpin atasan yang terlalu cerdik.... Kerosakan akan berlaku walaupun parti tersebut dipimpin oleh org yg cerdik (ulama) jika hanya ada ilmu tetapi tidak mengamalkan ilmu yg sampaikannya. Maksud saya jika pemimpin menyuruh ahli-ahli mengamalkan konsep amal jamiyy iaitu berpegang kepada keputusan jamaah (keputusan mesyurat PAS Pusat, dipanjangkan kepada Majlis Syura Ulama' dan dibentangkan dan diterima dalam Muktamar PAS Pusat!), tetapi pemimpin atasan sendiri tidak menghormati keputusan tersebut, maka berlakulah sepertimana apa yg telah berlaku hari ini. Ahli-ahli yg marhaen, walaupun mungkin tidak alim, tetapi mengerti tentang konsep amal jamiyy berada dilandasan yg betul apabila menyokong dan mempertegaskan keputusan yang telah dibuat oleh PAS dlm muktamar di Ipoh iaitu MEMPERKASAKAN PAKATAN RAKYAT! Konsep Kerajaan Perpaduan dengan UMNO adalah tidak bertepatan dengan keputusan muktamar, walaupun sekiranya konsep tersebut benar-benar tidak bercanggah dengan Islam, TETAPI ianya adalah bercanggah dengan KONSEP AMAL JAMAIYY yang dituntut oleh Islam. Sebab itulah pandangan JUMHUR ULAMA adalah lebih terpakai dan siqah walaupun pandangan individu ulama juga tidak bersalahan kerana dikhuatiri berlakunya kesilapan. Akan tetapi pandangan individu dlm jamaah terutama dlm soal2 yg melibatkan dasar PARTI dan halatuju parti adalah merupakan satu kesalahan BESAR. Tambahan pula padangan tersebut boleh megundang FITNAH dan KECELARUAN dlm jamaah. Tulisan saya ini bukanlah bertujuan utk memburuk-burukkan sesiapa kerana saya sedar saya bukanlah sealim ulama, tidak juga secerdik profesionalisma, tetapi saya memahami kaedah berjamaah kerana TAAT kepada pemimpin ada batas-batas yg tertentu. Sama seperti org bersolat, jika imam tak betul, maka WAJIB ditegur. Kita bukannya ahli yg WALA' MEMBUTA TULI walaupun pimpinan tak betul. Saya hanya WALA' KPD KEPUTUSAN PIMPINAN/SYURA/MUKTAMAR. Pushstop! Saya tidak akan WALA' KPD PANDANGAN2 INDIVIDU hatta individu tersebut ialah SU Agong PAS atau Timbalan Presiden PAS atau Presiden PAS atau Mursyidul Am PAS sekalipun! Saya menyokong TGNA kerana beliau wala' kpd kerputusan jamaah. Kenyataannya bersandarkan kepada keputusan jamaah iaitu MEMPERKASAKAN PAKATAN RAKYAT. Saya masih hairan dengan segelintir pimpinan dan ahli-ahli yg tidak mengendahkan keputusan jamaah. Apakah mereka lupa akan amaran-amaran Allah yg mencela org2 yg tidak mengamalkan amal jamaiyy? Anda boleh rujuk http://tintaharamain.blogspot.com/2008/04/amal-jamaie-dan-tuntutannya.html . Saya amat menyesali pandangan Ust Nasa tentang kerajaan perpaduan dlm satu temuramah di luar Parlimen baru-baru ini, kerana jelaslah beliau yg mengkehendaki tutup mulut drp brbincang tentang kerajaan perpaduan, tetapi beliaulah juga yg membuka mulut tentangnya!!! Sepatutnya beliau tidak berkata apa2 atau tidak menyokong saranan madu beracun drp Najib. Seharusnya beliau mengambil keputusan mesyuarat AJK PAS Pusat terlebih dahulu.... Jangan jd lebih mangkuk dari sudu. Nampak sgt Ust Nasa lebih kearah MEPERKASAKAN KERA-JAAN PERPADUAN drp PAKATAN RAKYAT. Saya pun teramat hairan dgn sikap beliau yg nyata amat bertentangan dgn konsep syura. Nampak sangat ada agenda peribadi kerana kenyataan beliau adalah BERSIFAT PERIBADI. Saya tak nampak beliau menyesali perbuatan beliau malahan menganggap kenyataan TGNA pulak sebagai pandangan peribadi!!! Amat hairan bin ajaib. Sebelum mengundur diri, saya inginkan kepastian yg masih terbuku dihati ini iaitu adakah anda (Ust. Nasa) terlibat dgn kerja-kerja mengujudkan kerajaan perpaduan PAS dan UMNO di Perak dan Selangor? Jika tidak sila nafikan di dalam mana-mana laman web. Jika tidak, sila kemukakan siapakah pimpinan yg menjadi fraksi UMNO dlm PAS sepertimana kenyataan Ust. Ahmad Awang di muktamar PAS baru-baru ini. Saya tidak menuduh saudara, cuma saya mahu saudara menafikannya... itu sahaja... Berkatalah benar walaupun pahit! Sekian, semoga PAS diselamatkan oleh Allah s.w.t. drp golongan munafiqin. Wallahu a'lam.

Sunday, June 14, 2009

AL-FATIHAH - USTAZ FATHI YAKAN KEMBALI KERAHMATULLAH....

Akbar Jazeera menyatakan: Pada hari ini telah wafat pendakwah Islam Dr Fathi Yakan ketua Jabhah Amal Islami di lubnan ketika umurnya menjangkau 77 tahun kerana penyakit yang kronik. Berita kewafatannya telah dilaporkan pada zuhur hari ini kemudia dinafikan oleh keluarganya dan mereka mengatakan ia dalam keadaan kronik. Kemudian berita kematiannya disahkan selepas itu. Sumber AFP pula menyatakan: Pihak Jabhah telah menyatakan bahwa beliau telah wafat pada asar hari ini iaitu 4.45 petang. Jasadnya akan dipindahkan pada pagi Ahad dari Hospital otel deo (timur beirut) ke Tarablas di utara lubnan. Islamtoday telah menyatakan: Sebahgian laman web telah melaporkan kematian terlampau cepat (sebelum kematiannya) dan berita ini disahkan palsu sehinggalah datangnya kenyataan rasmi dari pejabat syeikh Fathi Yakan.

Laman yang di pantau beliau daawa.net telah menyatakan:
Jenazah beliau akan disolatkan pada asar hari ahad 21 jamadul akhir 1430 hijrah di Masjid Tinal dan akan dikebumikan di perkubnran keluarga di Babur raml.
Ulasan: ini menunjukkan berita kematiannya pada pagi tadi adalah tidak betul dan syeikh baru meninggal petang tadi.
Sementara itu pihak HAMAS dan alqassam di laman webnya telah memberikan ucapan takziah, ia adalah seperti berikut(takziah HAMAS):
بقلوب مؤمنة بقضاء الله وقدره تتقدم حركة حماس من الشعب اللبناني والحركة الإسلامية والأمة العربية والإسلامية بأصدق مشاعر التعزية الأخوية وبخالص المواساة القلبية بوفاة المفكر الكبير والداعية الإسلامي المجاهد الشيخ الدكتور فتحي يكن.
Latar belakang Fathi Yakan
Fathi Yakan dilahirkan di Tarablas pada tahun 1933 dan telah mendapat ijazah kedoktoran dalam pengajian Islam dan Bahasa Arab. Beliau telah terlibat dengan kerja-kerja Islam sejak tahun 50an dan telah menubuhkan Jamaah Islam pada awal 60an. Beliau telah menjawat ketua umum di dalam Jamaah Islam (cawangan ikwanul muslimin) sehinggalah pada tahun 1992.
Pada tahun tersebut beliau telah bertanding dan telah memenangi kerusi parlimen. Beliau kekal sehinggalah pada tahun 1996. Di tahun-tahun kebelakangan ini beliau telah mengetuai jabhah Islami. Beliau telah mengambil peranan penting untuk menghentikan peperangan Mukhayyam Nahrul Barid di utara Lubnan diantara Tentera Lubnan dan Jamaah Fathul Islami pd tahun 2007.
Beliau telah banyak mengarang buku diantaranya maza ya'ni intiami lil Islam, al-Mutasiqituna fala toriq Da'wah, kaifu nadwu lil Islam dan lain-lain yang melebihi 35 buah buku. Beliau telah memantau laman web dakwah.net. Isteri beliau bernama mona yakan dan 4 orang anak perempuan dan seorang anak lelaki.
MOGA-MOGA ALLAH MERAHMATI BELIAU DAN MEMBERI KESABARAN KEPADA AHLI KELUARGA BELIAU.