Friday, June 12, 2009

Salam Sejahtera

Assalamualaikum wr. wbt;
Selamat berkenalan di alam maya. Sengaja saya mengambil nama Makkal Sakhti yang membawa maksud Kuasa Rakyat. Tak perlu bertanya siapakah saya tetapi berbahaslah tentang apa yang diperkatakan oleh saya. Jangan pula menganggap saya mengenepikan bahasa ibunda iaitu Bahasa Melayu kita. Saya mengambil sempena nama ini kerana umumnya rakyat sudah mengetahui apa itu kalimah Makkal Sakhti yg selalu dikaitkan dengan perjuangan rakyat. Makkal Sakhti berada dimana-mana sahaja. Dimana ada berlakunya kezaliman, maka disitulah wujudnya Makkal Sakhti bagi membenteras kezaliman yang bermaharajalela. Sebagai pencinta kebenaran, tulisan saya mungkin pedas bagi sesetengah pihak. Apapun kebenaran lebih diutamakan berbanding populariti. Dalam sistem demokrasi yg pincang ini, sebahagian manusia berkiblatkan demokrasi dengan menganggap kebenaran berada di kalangan kumpulan yg ramai, sedangkan manusia bertauhid kepada Allah s.w.t. hanya berkiblatkan kebenaran walaupun tidak disokong oleh seluruh makhluq di muka bumi ini. Kebenaran pula hanya datang dari Pencipta makhluq, dan tidak ada yg tidak benar melainkan kebenaran hakiki hanya daripada Allah s.w.t.
Sekian, salam perkenalan...

No comments:

Post a Comment