Friday, June 19, 2009

KEMANAKAH KONSEP AMAL JAMAIYY DLM PAS???

Inilah akibatnya jika konsep amal jamaiyy itu tidak dipraktikkan oleh sesiapa sahaja samada ianya daripada ahli bawahan yang marhaen ataupun pemimpin atasan yang terlalu cerdik.... Kerosakan akan berlaku walaupun parti tersebut dipimpin oleh org yg cerdik (ulama) jika hanya ada ilmu tetapi tidak mengamalkan ilmu yg sampaikannya. Maksud saya jika pemimpin menyuruh ahli-ahli mengamalkan konsep amal jamiyy iaitu berpegang kepada keputusan jamaah (keputusan mesyurat PAS Pusat, dipanjangkan kepada Majlis Syura Ulama' dan dibentangkan dan diterima dalam Muktamar PAS Pusat!), tetapi pemimpin atasan sendiri tidak menghormati keputusan tersebut, maka berlakulah sepertimana apa yg telah berlaku hari ini. Ahli-ahli yg marhaen, walaupun mungkin tidak alim, tetapi mengerti tentang konsep amal jamiyy berada dilandasan yg betul apabila menyokong dan mempertegaskan keputusan yang telah dibuat oleh PAS dlm muktamar di Ipoh iaitu MEMPERKASAKAN PAKATAN RAKYAT! Konsep Kerajaan Perpaduan dengan UMNO adalah tidak bertepatan dengan keputusan muktamar, walaupun sekiranya konsep tersebut benar-benar tidak bercanggah dengan Islam, TETAPI ianya adalah bercanggah dengan KONSEP AMAL JAMAIYY yang dituntut oleh Islam. Sebab itulah pandangan JUMHUR ULAMA adalah lebih terpakai dan siqah walaupun pandangan individu ulama juga tidak bersalahan kerana dikhuatiri berlakunya kesilapan. Akan tetapi pandangan individu dlm jamaah terutama dlm soal2 yg melibatkan dasar PARTI dan halatuju parti adalah merupakan satu kesalahan BESAR. Tambahan pula padangan tersebut boleh megundang FITNAH dan KECELARUAN dlm jamaah. Tulisan saya ini bukanlah bertujuan utk memburuk-burukkan sesiapa kerana saya sedar saya bukanlah sealim ulama, tidak juga secerdik profesionalisma, tetapi saya memahami kaedah berjamaah kerana TAAT kepada pemimpin ada batas-batas yg tertentu. Sama seperti org bersolat, jika imam tak betul, maka WAJIB ditegur. Kita bukannya ahli yg WALA' MEMBUTA TULI walaupun pimpinan tak betul. Saya hanya WALA' KPD KEPUTUSAN PIMPINAN/SYURA/MUKTAMAR. Pushstop! Saya tidak akan WALA' KPD PANDANGAN2 INDIVIDU hatta individu tersebut ialah SU Agong PAS atau Timbalan Presiden PAS atau Presiden PAS atau Mursyidul Am PAS sekalipun! Saya menyokong TGNA kerana beliau wala' kpd kerputusan jamaah. Kenyataannya bersandarkan kepada keputusan jamaah iaitu MEMPERKASAKAN PAKATAN RAKYAT. Saya masih hairan dengan segelintir pimpinan dan ahli-ahli yg tidak mengendahkan keputusan jamaah. Apakah mereka lupa akan amaran-amaran Allah yg mencela org2 yg tidak mengamalkan amal jamaiyy? Anda boleh rujuk http://tintaharamain.blogspot.com/2008/04/amal-jamaie-dan-tuntutannya.html . Saya amat menyesali pandangan Ust Nasa tentang kerajaan perpaduan dlm satu temuramah di luar Parlimen baru-baru ini, kerana jelaslah beliau yg mengkehendaki tutup mulut drp brbincang tentang kerajaan perpaduan, tetapi beliaulah juga yg membuka mulut tentangnya!!! Sepatutnya beliau tidak berkata apa2 atau tidak menyokong saranan madu beracun drp Najib. Seharusnya beliau mengambil keputusan mesyuarat AJK PAS Pusat terlebih dahulu.... Jangan jd lebih mangkuk dari sudu. Nampak sgt Ust Nasa lebih kearah MEPERKASAKAN KERA-JAAN PERPADUAN drp PAKATAN RAKYAT. Saya pun teramat hairan dgn sikap beliau yg nyata amat bertentangan dgn konsep syura. Nampak sangat ada agenda peribadi kerana kenyataan beliau adalah BERSIFAT PERIBADI. Saya tak nampak beliau menyesali perbuatan beliau malahan menganggap kenyataan TGNA pulak sebagai pandangan peribadi!!! Amat hairan bin ajaib. Sebelum mengundur diri, saya inginkan kepastian yg masih terbuku dihati ini iaitu adakah anda (Ust. Nasa) terlibat dgn kerja-kerja mengujudkan kerajaan perpaduan PAS dan UMNO di Perak dan Selangor? Jika tidak sila nafikan di dalam mana-mana laman web. Jika tidak, sila kemukakan siapakah pimpinan yg menjadi fraksi UMNO dlm PAS sepertimana kenyataan Ust. Ahmad Awang di muktamar PAS baru-baru ini. Saya tidak menuduh saudara, cuma saya mahu saudara menafikannya... itu sahaja... Berkatalah benar walaupun pahit! Sekian, semoga PAS diselamatkan oleh Allah s.w.t. drp golongan munafiqin. Wallahu a'lam.

Sunday, June 14, 2009

AL-FATIHAH - USTAZ FATHI YAKAN KEMBALI KERAHMATULLAH....

Akbar Jazeera menyatakan: Pada hari ini telah wafat pendakwah Islam Dr Fathi Yakan ketua Jabhah Amal Islami di lubnan ketika umurnya menjangkau 77 tahun kerana penyakit yang kronik. Berita kewafatannya telah dilaporkan pada zuhur hari ini kemudia dinafikan oleh keluarganya dan mereka mengatakan ia dalam keadaan kronik. Kemudian berita kematiannya disahkan selepas itu. Sumber AFP pula menyatakan: Pihak Jabhah telah menyatakan bahwa beliau telah wafat pada asar hari ini iaitu 4.45 petang. Jasadnya akan dipindahkan pada pagi Ahad dari Hospital otel deo (timur beirut) ke Tarablas di utara lubnan. Islamtoday telah menyatakan: Sebahgian laman web telah melaporkan kematian terlampau cepat (sebelum kematiannya) dan berita ini disahkan palsu sehinggalah datangnya kenyataan rasmi dari pejabat syeikh Fathi Yakan.

Laman yang di pantau beliau daawa.net telah menyatakan:
Jenazah beliau akan disolatkan pada asar hari ahad 21 jamadul akhir 1430 hijrah di Masjid Tinal dan akan dikebumikan di perkubnran keluarga di Babur raml.
Ulasan: ini menunjukkan berita kematiannya pada pagi tadi adalah tidak betul dan syeikh baru meninggal petang tadi.
Sementara itu pihak HAMAS dan alqassam di laman webnya telah memberikan ucapan takziah, ia adalah seperti berikut(takziah HAMAS):
بقلوب مؤمنة بقضاء الله وقدره تتقدم حركة حماس من الشعب اللبناني والحركة الإسلامية والأمة العربية والإسلامية بأصدق مشاعر التعزية الأخوية وبخالص المواساة القلبية بوفاة المفكر الكبير والداعية الإسلامي المجاهد الشيخ الدكتور فتحي يكن.
Latar belakang Fathi Yakan
Fathi Yakan dilahirkan di Tarablas pada tahun 1933 dan telah mendapat ijazah kedoktoran dalam pengajian Islam dan Bahasa Arab. Beliau telah terlibat dengan kerja-kerja Islam sejak tahun 50an dan telah menubuhkan Jamaah Islam pada awal 60an. Beliau telah menjawat ketua umum di dalam Jamaah Islam (cawangan ikwanul muslimin) sehinggalah pada tahun 1992.
Pada tahun tersebut beliau telah bertanding dan telah memenangi kerusi parlimen. Beliau kekal sehinggalah pada tahun 1996. Di tahun-tahun kebelakangan ini beliau telah mengetuai jabhah Islami. Beliau telah mengambil peranan penting untuk menghentikan peperangan Mukhayyam Nahrul Barid di utara Lubnan diantara Tentera Lubnan dan Jamaah Fathul Islami pd tahun 2007.
Beliau telah banyak mengarang buku diantaranya maza ya'ni intiami lil Islam, al-Mutasiqituna fala toriq Da'wah, kaifu nadwu lil Islam dan lain-lain yang melebihi 35 buah buku. Beliau telah memantau laman web dakwah.net. Isteri beliau bernama mona yakan dan 4 orang anak perempuan dan seorang anak lelaki.
MOGA-MOGA ALLAH MERAHMATI BELIAU DAN MEMBERI KESABARAN KEPADA AHLI KELUARGA BELIAU.

Friday, June 12, 2009

KEPIMPINAN ULAMAK

Bukan bermaksud saya disini untuk mempertikaikan hak dan keputusan yang diambil oleh TGHH dalam melantik kepimpinan baru AJK PAS Pusat dan Pesuruhjaya PAS Negeri-negeri. Sesiapapun yang dipilih oleh Tuan Presiden PAS adalah hak beliau sebagai pemimpin parti. Apa yang saya nak sampaikan disini, adakah cara pemilihan tersebut merupakan pemilihan secara peribadi atau dibentangkan didalam mesyuarat PAS Pusat dengan mengambil kira situasi negara dan kehendak majoriti perwakilan atau apakah kriteria yang digunakan dalam memilih pemimpin tersebut. Sebagai ahli saya berhak memberikan pandangan untuk kebaikan parti. Adakah saranan-saranan Naib-naib Presiden, Murshidul Am PAS dan AJK PAS Pusat diambilkira dalam menentukan kepimpinan peringkat Pusat dan Negeri(Pesuruhjaya)? Persoalan-persoalan ini bukanlah untuk mempertikaikan kewibawaan TGHH dalam memilih pemimpin, tetapi adalah lebih molek jika pemilihan ini dibuat secara kolektif dengan mengambil kira semua perkara dan maslahah umum. Cara terbaik ialah mengemukakan pandangan dalam mesyuarat dan berbincang dengan baik untuk mencapai kesepakatan dengan mengambil kira Konsep Kepimpinan Ulama yang sebenarnya iaitu dengan tidak mengenepikan kewujudan warga profesional dan warga marhaen yang bukan terdiri dari ulamak atau profesional. Apa yang sempat dilihat sepintas lalu, boleh dikatakan hampir 100% Pesuruhjaya PAS Negeri adalah ustaz-ustaz dari pelbagai institusi pengajian. Suka saya mencadangkan walaupun sudah terlewat (mungkin dilain waktu boleh difikirkan), agar perlantikan Pesuruhjaya dilantik setelah mengambilkira pandangan PAS-PAS Kawasan agar diberikan ruang kepada mereka untuk mencadangkan sendiri Pesuruhjaya bagi mewakili parti bagi peringkat negeri. Jika Presiden memerlukan wakil yang boleh bekerja bagi pihak Presiden, maka PAS Kawasan2 juga memerlukan Pesuruhjaya yang boleh bekerja bagi pihak mereka. Kemungkinan terdapat golongan profesionalisma yang haraki (walaupun bukan ulama) tetapi dilihat berkeupayaan utk mengemudikan PAS peringkat negeri. Tokoh-tokoh seperti Ir Nizar, YB Khalid Samad, Dr. Mujahid Rawa, Ir Amiruddin, YB Husham Musa adalah diantara tokoh-tokoh penting yang berkelayakan. Jika mereka tidak memegang jawatan-jawatan penting dalam PAS, bermakna PAS mengenepikan kilauan permata yang sedang bergemerlapan. Usahlah dilabel pro-pakatan ke atau pro-UG ke, endorgan ke atau apa-apa sahaja dengan tujuan untuk mengenepikan mereka kerana ia bukan sahaja akan merugikan PAS tetapi juga membiarkan pelapis-pelapis parti disia-siakan kebolehan mereka. Memanglah melukut ditepi gantang pun boleh bekerja (itu bahasa merendah diri), tetapi amat rugilah kalau sekadar melukut ditepi gantang sahaja, sedangkan mereka berkebolehan berperanan di dalam gantang.
Apapun keputusan telah dibuat oleh Tuan Presiden, saya hanya mengharapkan yang terbaik, orang lain pun mungkin berfikiran untuk mendapatkan yang terbaik. Kepada Cikgu Pa, Setiausaha Agong PAS yang baru, tahniah diucapkan. jadikan tugas anda untuk memperkasakan PAKATAN RAKYAT, bukannya memperkasakan KERAJAAN PERPADUAN. Ini adalah amanah perwakilan muktamar, jangan disia-siakan amanah ini. Kepada YB Dr. Hatta... teruskan usaha anda... cari duit banyak-banyak utk PAS. Kpd Ust. Idris Ketua Penerangan PAS yang baru, selamat menjalankan tugas-tugas penerangan dengan baik seperti YB Mahfuz Omar. Jangan dibiarkan ahli dan rakyat dibawah terkeliru atau dikelirukan oleh fraksi-fraksi UMNO (masih mencari siapakah fraksi UMNO dlm PAS-psst: Ust Ahmad Awang masih tak mau bagitau kat kami). Kepada YB Husam dan Sdr. Mat Sabu tahniah kerana dilantik semula. Tahun depan insyaAllah boleh bertanding lagi(-saya sokong) cuma Mat Sabu dan Husham kenalah pi menuntut di universiti al-Azhar ke... kalau setakat menuntut kat TGNA 1000 tahun pun, perwakilan tak berapa nak selera memilih non-ustaz.(hehehe). Kepada semua Pesuruhjaya saya mengucapkan selamat bertugas dan buat kerja-kerja yang diamanahkan diperingkat negeri. Kepada Tuan Presiden, harapan saya agar dapat memacu PAS kearah kecemerlangan dunia dan akhirat. Harap selalulah berbincang terlebih dahulu dengan Murshidul Am PAS sebelum buat sesuatu. Hormati lah yang lebih tua/lama sebagai mana TG menghormati almarhum Alfadhil TG Ust Fadhil Noor. Kepada semua ahli dan rakyat semua.... bersatulah anda memacu perubahan dalam pilihanraya akan datang. Bersama memperkasa PAKATAN RAKYAT! Tumbangkan UMNO/BN dlm pilihanraya akan datang! Tegakkan ketuanan rakyat... Makkal Sakhti!!! PAS FOR ALL...NOT FOR UMNO/BN!

AMAL JAMAIYY SATU TUNTUTAN!

Assalamualaikum wr. wbt, Saya bersetuju dgn pandangan oleh Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man (Naib Presiden PAS) yang saya anggap mengambil jalan tengah di atas polemik yang berlaku. Pandangan beliau adalah benar dari sudut harakah Islam, tetapi kenyataannya perlaksanaannya tidak seperti itu. Saya meyakini apa yang berlaku adalah disebabkan pandangan-pandangan pemimpin tidak dibuat secara kolektif dalam mesyuarat AJK PAS Pusat, jika tidak masakan berlakunya pertembungan sesama pimpinan sendiri dalam isu Kerajaan Perpaduan. Apakah idea Kerajaan Perpaduan ini lahir dari hasil perbincangan yang mendalam dalam mesyuarat PAS Pusat? Saya rasa tidak ada, kerana TGHH pun menyatakan perkara ini belum dibincangkan dengan masak oleh pimpinan. Apatah lagi TGNA sendiri menentang idea Kerajaan Perpaduan ini. Persoalannya bukan kerana ahli tidak memahami idea ini, tetapi ahli tidak pun diberi penjelasan khusus mengenainya. Sepatutnya ada perbincangan, muzakarah atau diskusi ilmiah dan diseminarkan jika mahu mengetengahkan idea ini dalam program-program parti. Jika pemimpin sendiri berbeza pendapat, apatahlagi ahli yg dhaif ini.Saya sebenarnya bersetuju dgn kenyataan ustaz iaitu keputusan mestilah daripada keputusan jamaah kerana disitulah adanya keberkatan dan akan menghindarkan perpecahan sesama kita. oleh kerana itulah pandangan peribadi terutamanya oleh pemimpin tertinggi hendaklah dielakkan sama sekali. Laksanakan keputusan jamaah iaitu memperkasakan Pakatan Rakyat. Jangan ada niat utk memungkiri persefahaman dalam Pakatan Rakyat kerana bukan akhlak kita utk memungkiri sebarang perjanjian yang telah dibuat. Jangan mengambil pendekatan utk mengeruhkan suasana yg telah terjalin secara baik dengan rakan-rakan Pakatan Rakyat. Ketahuilah tak mungkin kita boleh memerintah secara bersendirian, namun kerjasama yg terbina mestilah diperkukuhkan dgn memperkasakan persamaan visi perjuangan, mengurangan pertikaian dalaman disamping memberi ruang kepada rakan-rakan Pakatan Rakyat utk memahami perjuangan Islam yg dibawa oleh kita. Saya amat tertarik semenjak PAS berkerjasama dalam Pakatan Rakyat, sekurang-kurangnya sudah kedapatan pemimpin bukan Islam menggunakan hujjah-hujjah berdasarkan ayat-ayat al-qur’an. Didoakan moga Allah memberikan hidayah kepada mereka semua sebagaimana Allah memberikan hidayah kepada para sahabat Rasulullah s.a.w. yg mana mereka menjadi benteng dan perisai mempertahankan agama Allah dimuka bumi ini. Segalanya tidak mustahil bagi Allah s.a.w. Apa yang penting sebagai pemimpin mesti menunjukkan akhlak berjamaah/berharakah bukan sekadar akhlak berpakaian sahaja. Pimpinan mesti selalu mengamalkan konsep kepimpinan kolektif, bukannya kepimpinan “lone ranger” agar segala keputusan tidak dianggap keputusan peribadi. Jika semua keputusan dibuat secara kolektif, maka tidak timbul perbedaan pendapat kerana persetujuan telah diambil secara bersama (kolektif) dan keputusan tersebut akan menjadi satu keputusan yg kuat kerana akan dipertahankan oleh semua pihak. Pada saya, pandangan Ustaz Nasruddin Tantawi (Ketua Pemuda PAS Pusat) menyokong idea Kerajaan Perpduan ini sebenarnya tidak memenuhi akhlaq berjemaah yg menuntut diutamakan keputusan secara amal jamaiyy melebihi pandangan-pandangan peribadi serta hindarkan walaq membuta tuli dengan mengenepikan walaq yg sebenarnya iaitu walaq kepada keputusan jamaah samada melalui ketetapan yg dibuat dlm mesyuarat PAS Pusat, atau muktamar atau melalui Majlis Syura Ulama. Moga-moga Allah memelihara PAS utk terus berada dilandasan yang benar. Wallahu a’lam

ALAM MISTERI DI MUKTAMAR PAS KE 55

Sebenarnya banyak perkara misteri belum terjawab terutama apabila terdapatnya dakwaan wujudnya faksi UMNO dlm kepimpinan PAS dan ini bukannya rahsia lagi apabila ianya dibuktikan dgn pengakuan lisan Ustaz Ahmad Awang (bekas Naib Presiden PAS). Saya rasa tak ada sesiapapun yang berani menolak kenyataan ini. Cuma dalam perkara yang serius seperti ini, apakah tindakan yang telah diambil oleh kepimpinan PAS Pusat? Adakah ingin menyapu sampahkan kebawah karpet sepertimana lazim diamalkan oleh UMNO dan BN dlm menyelesaikan sesuatu masalah dlm BN? Fraksi UMNO dlm PAS bukannya isu kecil atau remeh kerana ianya adalah musuh dlm selimut, gunting dlm lipatan sepertimana kata Ustz Haron Din (Timb. Mursyidul Am PAS). Saya minta Ust Ahmad Awang berani tampil mendedahkan petualang sebenar dalam PAS ini tanpa kompromi atau dolak dalik demi meyelamatkan bahtera PAS yang kita sayangi. Ingatlah kisah seorang anak kapal yang ingin mengambil jalan mudah utk mendapatkan air dgn cara menebuk lubang pada dasar kapal tersebut. Hakikatnya ia akan menenggelamkan kapal tersebut jika anak kapal itu bertindak bodoh bersendirian. Jika kapten kapal tidak bertindak apa akan terjadi kepada kapal tersebut? Tentulah kalau dibiarkan ia terus menebuk lubang, bahtera tersebut akan karam sekaram-karamnya. Mursyidul Am PAS telah menyataan pendiriannya berpegang kpd syura muktamar iaitu memperkasakan PAKATAN RAKYAT (dan bukannya memperkasakan KERAJAAN PERPADUAN). Jgn jadi boneka UMNO. Saya pertegaskan; boneka-boneka UMNO perlu dikenalpasti dan disingkirkan dari kepimpinan PAS. Jika kepimpinan tidak bersedia membetulkan keadaan, maka ahli-ahli PAS mesti bertanggungjawab diatas kemungkaran yg berlaku iaitu melantik atau memilih pemimpin yang tidak beramanah!. Benarlah apa yg disebut dlm hadis-hadis yg masyhur, ingatlah jika kamu melantik org yg bukan ahlinya (yg amanah) maka tunggulah saat kehancurannya!!! Apakah kita menunggu saat itu atau saat kehacuran itu sudah tiba? Nauzubillahi min zaalik! Kepada ALlah hambaMu memohon perlindungan dan keampunan. Moga diberi petunjuk dan hidayah Allah kepadaku dan pemimpinku yg kukasihi. Aku bukanlah ulama atau profesional, aku hanyalah insan biasa yg ingin melihat kalimah Allah berdaulat di atas mukabumi Allah ini. Aku tak ingin melihat tangan-tangan syaitan menghalang perjalanan suci ini. Wallahu a’lam

Salam Sejahtera

Assalamualaikum wr. wbt;
Selamat berkenalan di alam maya. Sengaja saya mengambil nama Makkal Sakhti yang membawa maksud Kuasa Rakyat. Tak perlu bertanya siapakah saya tetapi berbahaslah tentang apa yang diperkatakan oleh saya. Jangan pula menganggap saya mengenepikan bahasa ibunda iaitu Bahasa Melayu kita. Saya mengambil sempena nama ini kerana umumnya rakyat sudah mengetahui apa itu kalimah Makkal Sakhti yg selalu dikaitkan dengan perjuangan rakyat. Makkal Sakhti berada dimana-mana sahaja. Dimana ada berlakunya kezaliman, maka disitulah wujudnya Makkal Sakhti bagi membenteras kezaliman yang bermaharajalela. Sebagai pencinta kebenaran, tulisan saya mungkin pedas bagi sesetengah pihak. Apapun kebenaran lebih diutamakan berbanding populariti. Dalam sistem demokrasi yg pincang ini, sebahagian manusia berkiblatkan demokrasi dengan menganggap kebenaran berada di kalangan kumpulan yg ramai, sedangkan manusia bertauhid kepada Allah s.w.t. hanya berkiblatkan kebenaran walaupun tidak disokong oleh seluruh makhluq di muka bumi ini. Kebenaran pula hanya datang dari Pencipta makhluq, dan tidak ada yg tidak benar melainkan kebenaran hakiki hanya daripada Allah s.w.t.
Sekian, salam perkenalan...